tu la...dah tau hidup dalam air, gatal nak berenang kat darat. kan dah meletup. bunyi agak pelik tapi realitinya memang betul-betul berlaku. kejadian berlaku pada Januari 2004 di Taiwan apabila seekor paus "sperm whale" sepanjang 56 kaki (banyaknya kaki) dan berat 60 tan cuba untuk berenang ke darat. malangnya ikan paus yang malang ini telah mati sebelum naik ke darat (kena sumpahan orang-orang darat). pengkaji-pengkaji tempatan membuat keputusan untuk membawa ikan ini ke Shi-Tsau Natural Preserve untuk dibuat bedah siasat. proses untuk mengangkat ikan ini mengambil masa selama 13 jam bersama 3 buah kren untuk dimuatkan ke atas truk (kenapa x salai ja terus kat situ). semasa dalam perjalanan, gas yang terhasil dalam badan ikan ini berada di tahap kritikal lalu tersemburlah segala isi perut bersama wangian yang mampu menggelikan bulu hidung orang ramai berdekatan. masa tu penjual topeng muka mula senyum sampai ke telinga kerana permintaan topeng muka naik secara mendadak sama sekali oleh pengguna dan penduduk berdekatan. pihak berkuasa tempatan mula tunjuk muka masam-masam masin kerana terpaksa keluarkan peruntukan untuk membersihkan sisa ikan sial ini. walau bagaimana pun perjalanan ikan sialan ini diteruskan ke destinasinya... menyusahkan...
nak gambar lagi klik sini
No comments:
Post a Comment