Jan 1, 2011

AWAS! Jangan hampiri orang yang sedang lemas & terbakar secara bersemuka/berdepan.



Semua daripada kita ingin membuat kebaikan tambahan lagi untuk menyelamatkan nyawa manusia. Namun ada sesetengah kes dimana kita perlu berhati-hati ketika menyelamat kerana mungkin kita akan menjadi mangsa seterusnya. Maka tiadalah penyelamat. Sebelum menyelamat, fikir dahulu, adakah keadaan selamat untuk menyelamat. Keputusan harus difikir setelus yang mungkin sebelum melakukan sesuatu tindakan. Sebab itu dikatakan membuat keputusan lebih berat dan sukar daripada melakukan pekerjaan.

Jadi kenapa kita perlu diawasi dengan kes orang terbakar dan lemas ini?


berdasarkan apa yang BKSEMPOI pernah pelajari:

Orang terbakar dan lemas sebenarnya sedang menghadapi respon semulajadi kebanyakan manusia iaitu bertarung hidup (bukan bunuh diri). Bertarung hidup di sini kita dapat saksikan sebagai contoh;
  • ORANG YANG LEMAS akan mencapai apa sahaja objek, atau benda2 yang terapung yang berada di hadapannya. Sesiapa sahaja yang sedang melintas hadapannya, sudah pasti akan direjam dan ditekan olehnya tanpa dia sedari. Lihat contoh filem Titanic. Bila mangsa dapat, susah untuk mangsa lepaskan. Begitu juga,
  • ORANG YANG TERBAKAR, mangsa akan melolong meminta tolong sesiapa sahaja yang berhampiran dengannya. BAHAYAnya, mangsa akan mengejar orang berhampiran, apabila mangsa dapat mencapai seseorang, mangsa akan memeluk orang tersebut tanpa disedari dia juga sedang membakar orang lain. Tetapi niatnya untuk meminta tolong. INGAT, pelukan itu bukan pelukan sebarangan, ia adalah pelukan orang yang sedang bertarung hidup!
Bagaimana nak menyelamat.
  • ORANG YANG SEDANG LEMAS, sebolehnya berenang menuju belakang mangsa. Selamatkanlah dari belakang mangsa. Jika dari depan, alamatnya yang menyelamat itu menjadi korban lemas kerana ditekan olehnya.
  • ORANG YANG TERBAKAR, jauhi mangsa sejauh mungkin. Cuba dapatkan pemadam api, sembur ke arah mangsa dan cuba elak dari mangsa untuk tidak mendekati kita. Tidak pun simbah sekuat mungkin sebaldi air ke arah mangsa. Kemudian jangan tunggu di situ, lari dan dapatkan air lagi. INI BAGI KES TERBAKAR YANG SERIUS.



1 comment:

Anonymous said...

info ini sungguh bagus

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...