Dec 12, 2010

HMY-09: Geng-geng DSLR



Telah menjadi kegilaan ramai untuk memiliki hobi bergambar. Dengan harga yang berpatutan tidak mustahil lagi bagi mereka yang gila berfotografi untuk memilikinya. DSLR bukan lagi asing dalam sebutan remaja sekarang. Jika ditanya DSLR? majoriti memberi respon yang baik dan tahu mengenainya.


Bagi yang betul-betul minat, wang bukan alasan, harga belakang kira. Hobi ini mampu menjana pendapatan sampingan malah ada juga menjadi pendapatan utama.

Dari harga serendah 2000 hingga mencecah lima angka/mampu menandingi harga sebuah kereta pasti menjanjikan kepuasan kepada pemiliknya. Berbaloi-baloi!!!

Gambar: gambar di bawah diambil menggunakan kamera Satio secara curi-curi. (minta maaf kepada orang yang lekat dalam gambar ini). Jika orang lain sedang mengaplikasi sepenuhnya DSLR dalam pembikinan video, Bksempoi cuba untuk mengetengahkan kamera bertelefon Satio ini. Apapun, gambar ini tidaklah sekualiti tahap DSLR, tapi ia juga adalah gambar.








No comments:

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...