Jan 25, 2011

Orang pertama di kedutaan tersibuk di dunia.

Apa yang hendak dikatakan menjadi orang yang pertama tiba di kedutaan yang dikatakan antara tersibuk di dunia iaitu Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia (orang pertama pada hari tersebut sahaja). Bangga dan tidak percaya. Belum pernah dengar pengiktirafan rasmi dari mana-mana rekod tetapi pandangan awam mengakui bahawa Kedubes (Kedutaan Besar) ini adalah yang tersibuk di dunia dimana perlu mengurus seramai 2 juta jiwa rakyat Indonesia yang berada di Malaysia.

Logik juga la, malam tu dari Kuala Terengganu menaiki bas dan tiba di Hentian Putra pada pagi keesokan harinya. Sebaik tiba, terus saja pergi ke Kedutaan Indonesia dengan tidak mandi. Ops...

Lagipun kami diberi laluan khas kerana kes kami adalah kes terpencil, bukan untuk hidupkan passport, bukan juga untuk mendapatkan visa (nak dapat visa kena g ofis lain). Kenapa kami diberi laluan khas sedangkan orang lain terpaksa beratur panjang?

Sebenarnya kami (2 orang) ingin mendapatkan kebenaran oleh wakil Indonesia untuk bekerja di Indonesia (Latihan Industri di Indonesia). Jadi sebelum mendapatkan Visa, kami dikehendaki mendapatkan hitam putih dari pegawai berkenaan untuk mendapat kebenaran. Bertambah istimewanya kami, Latihan Industri ini bukannya di darat, tetapi  di kapal seperti yang pernah diceritakan sebelum ini. (CLICK THIS LINK)

Pada mulanya rasa macam tak kisah sangat nombor giliran tempat pertama. Tapi setelah mengetahui bahawa kedutaan ini antara yang tersibuk di dunia. Amat bermaknalah menjadi orang pertama di kalangan tersibuk di dunia. Bukan semua boleh dapat kesempatan macam ni.

Amat malang sekali menjadi orang pertama, tetapi menjadi kumpulan terakhir pulang dari perkarang kedutaan tersebut. Ini kerana proses mendapatkan VISA menunggu masa yang sangat lama hingga tamat waktu pejabat. 

Jan 16, 2011

Siapa nak bunuh diri?


Tajuk macam c#$%&a jer..

  • Dah la hutang dengan Ah Long, bunga naik tak reti nak turun-turun. hari-hari kena kejar, kena ganggu, kena call dengan Ah Long. Anak bini dalam ancaman, mak bapak kena ugut bunuh. Hidup tak tenteram. Tension beb. Masa tu tak dapat nak fikir lain lah. Bunuh diri adalah jalan terbaik. Hanya iman sahaja dapat menyokong diri. Adakah bunuh diri dapat selesai masalah?

  • Sehidup semati aku cinta padanya, hati ini tidak ada orang lain melainkan dia. Hingga setiap malam bermimpinya. Satu hari tidak bersemuka semacam cacing kepanasan. Hari itu telefon dia tidak angkat, berkali-kali. Dalam hati seperti ada sesuatu yang tidak kena. Rupanya dia sudah sudah tinggalkan aku. Hidup ini sudah kosong sekosong kosongnya. Rasa ingin sangat nak ikut bersama. Bilakah aku akan mati, sebolehnya aku mahu disemadikan bersamanya. Kalau aku mati hari ini juga, dapat aku bersama dengannya. Adakah aku akan berjumpa dengannya di alam kubur?

  • Aku sudah berusaha semaksimum keringat ku. Aku sudah melakukan segala apa yang patut. Aku sudah menanam azam yang cukup kuat untuk mencapai matlamat ini. Akan tetapi aku gagal, aku sudah mnyusahkan ramai orang, aku malu, kemana hendak letak muka ni. Hidup jadi serba salah, segalanya menjadi salah. Aku dipandang hina. Tiada lagi penghormatan, hilangnya segala keistimewaan ku bersama kegagalan. Apalah aku ni. Biarlah aku mati. Supaya aku tidak dipandang hina sebegini. Aku kecewa. Tapi, kenapa aku perlu mencabut nyawa aku sendiri?

  • Adakah bunuh diri selesai segalanya?
    • Masalah tidak akan selesai selagi kita tidak meyelesaikannya
    • Bila dah mati, jalan penyelesaian tu terpampang depan mata. "Menyesal aku bunuh diri, rupanya ini jalan penyelesaiannya. Kenapa bodohnya aku tidak terfikir macam ni. Tolonglah, hidupkan aku semula. Aku menyesal..."
    • Mangsa tidak fikir langsung akan seksanya orang bunuh diri. Kalaulah suara kubur itu dapat didengar.
    • Lari dari gigitan nyamuk masuk dalam mulut harimau.

  • Detik-detik membunuh diri:

Jan 13, 2011

Bird Strike


  1. Kemalangan perlanggaran antara pesawat dan burung adalah perkara biasa dan tidak selalunya terjadi. Impak daripada pelanggaran ini tidaklah mendatangkan kecelakaan yang besar.
  2. Lebih kurang satu daripada sebillion jam penerbangan awam melibatkan kehilangan nyawa manusia. Majoriti 65% perlanggaran melibatkan kerosakkan kecil struktur pada pesawat. 
  3. Namun masalah paling utama adalah kecelakaan yang melibatkan kerosakan cermin kokpit dan enjin kerana hal tersebut mempengaruhi keselamatan penerbangan.
  4. Selalu terjadi di kawasan bertinggian rendah dan jarang sekali terjadi pada altitud yang tinggi.
  5. Sebagai langkah pencegahan dan persediaan, reka bentuk enjin perlu melepasi ujian impak pelanggar seberak 1.8kg, juga impak 1.8kg ke atas cermin kokpit dan 3.6 kg pada ekor pesawat.


Jan 7, 2011

Surat berbisa Malaysia yang melumpuhkan ekonomi British


Bayangkan sebuah negara kecil mampu membunuh ego negara besar. Fenomena itu telah tercetus antara Malaysia dan Britain. Jika persepsi majoriti rakyat negara jiran mengatakan Malaysia ini adalah anak angkat Britain, Malaysia bangun atas pertolongan Britain dan sebagainya. Namun mereka tidak pernah mengetahui akan satu sejarah hitam telah tercalit dalam ekonomi Britain, yang mencalitnya adalah sebuah negara kerdil Malaysia. Dengan rasa penuh tanggungjawab untuk memberitahu akan hal sebenarnya, Malaysia membangun atas acuan sendiri. Post ini akan membuka persepsi rakyat negara jiran dan meningkat perasaan patriotik dikalangan jiwa rakyat Malaysia.


Dipetik daripada sebuah buku "Surat daripada Dr. Mahathir", karangan Zainuddin Maidin.



  • Setelah menggugat ekonomi British dengan prinsip Buy British Last pada 1981, Dr. Mahathir sekali menggoyah ego ekonomi British pada 1994.
  • Akhbar British membuat tuduhan rasuah ke atas Malaysia untuk mengejutkan rakyat British tetapi digemparkan oleh tindakan balas Malaysia memberhentikan pemberian sebarang kontrak kepada syarikat-syarikat British sebagai pengajaran kebebasan akhbar British untuk berdusta.
  • Pemberhentian kontrak ini menjadikan keadaan sangat cemas oleh syarikat-syarikat gergasi British.
  • Media British menjadi riuh rendah dengan tindakan Malaysia seterusnya membuat laporan berita bukan lagi mengenai cerita politik Malaysia yang menerima rasuah sebaliknya berita mengenai syarikat-syarikat British yang bakal kehilangan berbilion pound sekaligus 25 000 rakyat British hilang pekerjaan sekelip mata.
  • Tindakan ini memberi publisiti percuma kepada Malaysia dengan iklan berjuta pound setelah syarikat-syarikat gergasi British membuat iklan muka penuh di semua akhbar British dengan tajuk besar "We proud to work in Malaysia.
  • Tidak kurang dengan itu, semua stesen televisyen juga turut menjadikan tindakan ini sebagai berita utama hampir setiap hari sekaligus mencetuskan suasana panas di musim sejuk Eropah.
  • Suasana tegang mencetuskan reaksi kecemasan, kejutan, kehinaan dan rasa tidak percaya serta harus berada dalam keadaan tidak berupaya atas tekanan sebuah negara kecil Malaysia yang mampu menggugat ekonomi British.
  • Tindakan ini menjadikan pelajar Malaysia di British terkedu sebentar dan berasa bangga menjadi anak Malaysia serta turut lantang mempertahankan tindakan Malaysia sebagai balasan kebebasan media di British.
  • Semua saham syarikat-syarikat gergasi British seperti Rolls Royces Indutrial Power Group, BICC, dan John Laing jatuh teruk di Pasaran Saham London.
  • Media British mula mencorak semula imej Malaysia ke arah positif dan tidak seperti sebelumnya. Dengan harapan tindakan memulihkan imej Malaysia di mata rakyat British dapat mengembalikan semula kontrak syarikat British yang dibatalkan sebelum ini.
  • Namun, tidak seperti yang diharapkan oleh British setelah Dr. M mengutus sepucuk surat kepada Financial Times London pada 17 Mac 1994.
  • Antara kandungan paling berbisa dalam surat Dr. Mahathir tersebut;


    • Nasi sudah jadi bubur. Memberi kontrak kepada Britain seolah-olah mendedahkan Malaysia kepada serangan fitnah. Kenapa harus syarikat Britain memperoleh wang dari Malaysia jika akibatnya terpaksa ditanggung oleh Malaysia? Jika kami henda dicerca, sekurang-kurangnya kami tidak perlu membayar untuk itu.



**********Surat Dr. Mahathir*********

PERDANA MENTERI 
MALAYSIA

16 Mac, 1994

Editor,
The Financial Times,
No1. Southward Bridge,
London Se1 9EL.

Tuan,

Jan 6, 2011

Tahun '94: Pengalaman hampir diculik!!!


Tengok cerita 360, TV3 tadi membuatkan BKSempoi terkenang kembali akan peristiwa beberapa tahun lama dahulu iaitu hampir-hampir diculik oleh seorang pemuda. Pengalaman tersebut hampir hilang dalam ingatan kerana pada masa tersebut masih belum berfikir akan seriusnya perkara ini.

Kali ini BKSempoi menceritakan tentang diri BKSempoi yang harus dijadikan iktibar dan pengajaran kepada semua. Awasi anak-anak anda. Mereka tidak tahu apa-apa melainkan hanya Tuhan yang melindungi.

*********KISAHNYA*********

Suatu tengahari, pada tahun 1994. Baru pulang dari kelas tadika. Di muka pintu pagar tadika, Cikgu Zah tanya nak balik mana? Cakap la nak balik rumah jalan sana. Entah kenapa pada masa tu berani pula nak balik  rumah padahal sebelum ni balik rumah ibu saudara berhampiran, kurang 200 meter tetapi arah jalan lain. 

Memang sebelum itu sudah merancang beberapa kali untuk pulang terus ke rumah dan bukan ke rumah ibu saudara. Perancangan tersebut beberapa kali juga tidak kesampaian. Namun pada hari kejadian. Aku ada beritahu salah seorang rakan tadika, "balik satgi aku nak balik umah"

Detik yang dirancang telah tiba. Segala pelan dan jalan shortcut telah jumpa. Hanya tunggu masa untuk  bertindak.

Cikgu pun tanpa syak wa sangka melepaskan balik rumah lebih kurang 5 km jauhnya. Cikgu tidak tahu rumah di mana. Bayangkan jalan kaki sejauh itu seorang diri dengan keadaan yang sibuk ditambah dengan orang ramai, kereta yang laju.

Jan 5, 2011

Vid;Sangat mengujakan.



Adakah pelangi muncul di waktu malam?


Pelangi terbentuk cahaya spektrum daripada cahaya matahari yang dipancarkan pada titisan kecil air di udara. Cahaya spektrum itulah yang dipanggil pelangi yang memiliki tujuh warna.

Wujudkah pelangi pada waktu malam?

  • Apa yang kita pelajari, pelangi datang daripada cahaya matahari. Jadi mana mungkin pelangi muncul pada waktu malam!
  • Tidak juga, walaupun pelangi muncul dari cahaya matahari. Perlu diketahui bahawa salah satu fungsi bulan adalah memancar cahaya matahari. 
  • Tidak mustahil pelangi boleh wujud di waktu malam. Fenomena ini terjadi ketika cahaya bulan sangat terang. Namun pelangi tersebut tidaklah seterang pada siang hari. 
  • Akan tetapi pelangi tersebut tidak seperti apa yang kita lihat pada siang hari.
  • Ini disebabkan cahaya bulan tidaklah seterang cahaya matahari. Maka mata kita akan terarah menampakan pelangi tersebut dalam warna hitam putih. Dipanggil "moonbow"

Yaman Ibrahim dan BK Sempoi


Hadiah tahun baru kali ini sangat istimewa kerana BKSempoi menerima suatu sumbangan paling ekslusif daripada seorang jurufoto profesional terkenal di Malaysia iaitu Yaman Ibrahim. Sumbangan khas ini tersangat istimewa bagi BKSempoi kerana sumbangan tersebut ditulis atas nama Hilmy atau BKSempoi sendiri. Sangat teruja. Terima kasih Yaman Ibrahim.

Siapa Yaman Ibrahim?
Namanya tidak asing lagi bagi peminat fotografi di Malaysia. Gambar-gambar dari hasil kreativitinya juga telah beberapa kali memenangi anugerah dan diterbitkan diperingkat tempatan dan antarabangsa.

Publisitinya juga melonjak setelah baru-baru ini artikel khas mengenainya telah disiarkan di akhbar Kosmo bertakhir 15 Dis 2010. 


5 Jan 2011: Akan datang publisitinya akan diterbit di akhbar NST (Ahad, 9 Jan 2011) sumber; anaknya


**********************************************

Inilah kalender meja yang BKSempoi terima. Sangat ekslusif kerana tertera nama owner BKSempoi, ditandatangan oleh Yaman Ibrahim.

Hasil daripada menjadi seorang jurufoto profesional ini, Yaman Ibrahim juga telah berjaya menerbitkan sebuah buku MALAYSIA The Walk of Life. Sebuah buku yang menggumpulkan segala hasil seni Yaman Ibrahim selama 5 tahun menjadi jurufoto.

Anda boleh mendapatkan buku ini yang terjual dipasaran, berharga;

Jan 4, 2011

Tersilap pintu.


Moving Petronas Tower to new location.

Selain pernah memecah monopoli Amerika dan membuka persepsi dunia bahawa negara lain juga mampu membina bangunan tertinggi dunia, Menara Petronas juga memiliki keistimewaan tersendiri iaitu memiliki asas bangunan paling dalam di dunia iaitu sedalam 120 meter, jejantas dua tingkat tertinggi di dunia, bangunan konkrit pertama pernah dibina setinggi sedemikian (belum ada teknologi pembinaannya sebelum ini), proses penuangan konkrit paling besar dalam sejarah, latihan kecemasan bangunan paling tinggi di dunia pernah dilakukan dan banyak lagi rekod pernah dilakukan. 

Sekali lagi menara Petronas mencipta sejarah suatu ketika dahulu semasa proses pembinaannya iaitu struktur menara terpaksa dipindah dari tapak asal ke tapak yang baru iaitu di atas tapak yang mempunyai asas bangunan paling dalam di dunia. Proses pemindahannya agak menggila dan mengerikan.

Jan 3, 2011

Penipuan dalam filem.



Green Screen atau layar hijau adalah satu teknik yang digunakan bagi sebuah produser filem untuk meningkatkan lagi mutu dan efek filem yang dibuat, Selalunya digunakan untuk filem-filem aksi. Sudah tentu hasilnya dikatakan mahal kerana melibatkan pergambaran di tempat-tempat yang sukar, efek yang mantap, aksi yang menakjubkan dan sebagainya. Namun kesemua babak tersebut hanya dilakonkan di dalam sebuah studio.

Saksikan video yang dipetik dari Youtube ini. Dan penglibatan BKSEMPOI dalam pembikinan gimik untuk Majlis Anugerah Kelab UMT 2009.



Jan 1, 2011

AWAS! Jangan hampiri orang yang sedang lemas & terbakar secara bersemuka/berdepan.



Semua daripada kita ingin membuat kebaikan tambahan lagi untuk menyelamatkan nyawa manusia. Namun ada sesetengah kes dimana kita perlu berhati-hati ketika menyelamat kerana mungkin kita akan menjadi mangsa seterusnya. Maka tiadalah penyelamat. Sebelum menyelamat, fikir dahulu, adakah keadaan selamat untuk menyelamat. Keputusan harus difikir setelus yang mungkin sebelum melakukan sesuatu tindakan. Sebab itu dikatakan membuat keputusan lebih berat dan sukar daripada melakukan pekerjaan.

Jadi kenapa kita perlu diawasi dengan kes orang terbakar dan lemas ini?

Focus to Kingfisher

Babak seekor burung raja udang sedang menangkap ikan.
Kesimpulan yang dapat dibuat adalah...



Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...